|
GALERI
|
|
KERJA SUKARELA MEMERLUKAN anda berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan komuniti yang memerlukan, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Bila anda bersukarela, komuniti yang anda berkhidmat akan mendapat manfaat hasil daripada perkhidmatan anda, atau dari pengetahuan yang anda kongsi. Anda pula bermanfaat hasil daripada pengalaman perkongsian itu, dan daripada pengajaran yang diperolehi daripada komuniti tersebut.
Kerja sukarela berbeza daripada kerja amal. Kerja amal melibatkan satu pihak memberi dan satu pihak lagi mendapat manfaat, sedangkan kesukarelaan merupakan satu gabungan di mana kedua-dua pihak bermanfaat.
Kami mengenali dua kategori kerja sukarela: sepenuh masa dan separuh masa. Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon untuk menjadi sukarelawan kami. Anda harus:
- suka membantu dan bekerja dengan orang lain
- boleh berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai
- sedia untuk menghadapi kesulitan dan kesukaran
- sebaiknya mempunyai kemahiran atau pengalaman yang berguna yang boleh dikongsi dengan orang lain
- sedia belajar
- sedia untuk membuat komitmen penuh masa
|